Wednesday, November 18, 2009
spm 2009
tetiba lari tajuk..ha,esok bermula nyer spm 2009 n slah 1 calon nye adalah adk aku.so kepada adik ak,awie(padahal dy xbaca pun blog aku),aku nak ucapakn selamat menjawab dengan tenang,jangan gelabah,and do the very best oke..ingat,spm ni permlaan kepada masa depan...n hanya pelajaran lah yang dapat mngubh nasib keluarga kita..
Ya Allah,mudah kan lah adik aku menjawab peperiksaan dan semoga dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam spm,aminnnn...
ha,pastu kat bwah ni ada jadual spm tuk hangpa sumer tengok2 ya..penat aku cari kat pakcik google..huh
Rabu 18 Nov 2009
08.00 – 10.15 Bahasa Melayu 1
11.00 – 12.00 Sejarah 1 (Aneka Pilihan)
14.00 – 16.30 Bahasa Melayu 2
Khamis 19 Nov 2009
08.00 – 09.45 Bahasa Inggeris 1
10.30 – 12.45 Bahasa Inggeris 2
14.00 – 16.30 Sejarah 2
Jumaat 20 Nov 2009
08.00 – 09.15 English for Science and Technology 1
10.00 – 11.00 English for Science and Technology 2 (Aneka pilihan)
Isnin 23 Nov 2009
08.00 – 09.15 Mathematics 1 (Aneka Pilihan)
10.00 – 12.30 Mathematics 2
14.00 – 16.30 Information And Communication Technology 1
Selasa 24 Nov 2009
08.00 – 10.00 Pendidikan Islam 1
08.00 – 10.30 Pendidikan Moral 1
14.00 – 15.40 Pendidikan Islam 2
14.00 – 16.30 Bible Knowledge
Rabu 25 Nov 2009 *MAUT!
08.00 – 10.00 Additional Mathematics 1
14.00 – 16.30 Additional Mathematics 2
Isnin 30 Nov 2009
08.00 – 10.00 Pengajian Keusahawanan 2
08.00 – 10.30 Pengajian Kejuruteraan Mekanikal 2
08.00 – 10.30 Pengajian Kejuruteraan Awam 2
08.00 – 10.30 Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik 2
08.00 – 10.30 Teknologi Kejuruteraan 2
08.00 – 10.30 Biology 2
08.00 – 10.30 Pengeluaran Tanaman 1
11.00 – 12.15 Biology 1 (Aneka Pilihan)
14.00 – 15.15 Pengajian Keusahawanan 1 (Aneka Pilihan)
14.00 – 15.30 Pengajian Kejuruteraan Mekanikal 1
14.00 – 15.30 Pengajian Kejuruteraan Awam 1
14.00 – 15.30 Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik 1
14.00 – 15.30 Teknologi Kejuruteraan 1
14.00 – 15.30 Biology 3 (Amali Bertulis)
Selasa 1 Dis 2009
08.00 – 09.15 Prinsip Perakaunan 1(Aneka Pilihan)
10.00 – 12.30 Prinsip Perakaunan 2
14.00 – 16.30 Literature in English
14.00 – 16.30 Kesusasteraan Melayu
14.00 – 16.30 Kesusasteraan Cina
14.00 – 16.30 Kesusasteraan Tamil
Rabu 2 Dis 2009
08.00 – 09.15 Science 1 (Aneka Pilihan)
08.00 – 09.15 Applied Science 1 (Aneka Pilihan)
10.00 – 12.30 Science 2
10.00 – 12.00 Applied Science 2
14.00 – 15.15 Pendidikan Seni Visual – Teori Seni 1 (Aneka Pilihan)
Khamis 3 Dis 2009
08.00 – 09.15 Physics 1 (Aneka Pilihan)
10.00 – 12.30 Physics 2
14.00 – 15.30 Physics 3 (Amali Bertulis)
Jumaat 4 Dis 2009
08.00 – 11.00 Pendidikan Seni Visual – Seni Halus 2
Isnin 7 Dis 2009
08.00 – 09.15 Ekonomi Asas 1 (Aneka Pilihan)
10.00 – 12.00 Ekonomi Asas 2
14.00 – 16.30 Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah 1
Selasa 8 Dis 2009
08.00 – 09.15 Chemistry 1 (Aneka Pilihan)
08.00 – 09.15 Additional Science 1 (Aneka Pilihan)
10.00 – 12.30 Chemistry 2
10.00 – 12.30 Additional Science 2
14.00 – 15.30 Chemistry 3 (Amali Bertulis)
14.00 – 15.30 Additional Science 3 (Amali Bertulis)
Rabu 9 Dis 2009
08.00 – 09.15 Perdagangan 1 (Aneka Pilihan)
10.00 – 12.00 Perdagangan 2
14.00 – 16.30 Reka Cipta 1
Khamis 10 Dis 2009
08.00 – 10.30 Tasawwur Islam 2
11.00 – 12.15 Tasawwur Islam 1
14.00 – 16.30 Pendidikan Muzik 1
14.00 – 16.30 Lukisan Kejuruteraan 1
Isnin 14 Dis 2009
08.00 – 10.30 Bahasa Arab Tinggi 2
08.00 – 10.30 Bahasa Perancis
08.00 – 11.00 Bahasa Punjabi
08.00 – 10.15 Bahasa Cina 2
08.00 – 10.15 Bahasa Tamil 2
11.00 – 12.15 Bahasa Arab Tinggi 1
11.00 – 12.45 Bahasa Cina 1
11.00 – 12.45 Bahasa Tamil 1
14.00 – 16.30 Bahasa Arab Komunikasi 1
14.00 – 16.30 Bahasa Iban
Selasa 15 Dis 2009
08.00 – 10.00 Geografi 2
11.00 – 12.15 Geografi 1 (Aneka Pilihan)
14.00 – 15.30 Sains Pertanian 1
14.00 – 15.00 Ekonomi Rumah Tangga 1 (Aneka Pilihan)
Rabu 16 Dis 2009
08.00 – 10.30 Pendidikan Syari’ah Islamiah 2
08.00 – 10.30 Pengetahuan Sains Sukan 2
08.00 – 10.30 Pembinaan Domestik 1
08.00 – 10.30 Membuat Perabot 1
08.00 – 10.30 Kerja Paip Domestik 1
08.00 – 10.30 Pendawaian Domestik 1
08.00 – 10.30 Kimpalan Arka dan Gas 1
08.00 – 10.30 Menservis Automobil 1
08.00 – 10.30 Menservis Motosikal 1
08.00 – 10.30 Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyamanan Udara 1
08.00 – 10.30 Menservis Peralatan Elektrik Domestik 1
08.00 – 10.30 Rekaan dan Jahitan Pakaian 1
08.00 – 10.30 Katering dan Penyajian 1
08.00 – 10.30 Pemprosesan Makanan 1
08.00 – 10.30 Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut 1
08.00 – 10.30 Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak 1
08.00 – 10.30 Gerontologi Asas dan Perkhidmatan Geriatrik 1
08.00 – 10.30 Landskap dan Nurseri 1
08.00 – 10.30 Akuakultur dan Haiwan Rekreasi 1
08.00 – 10.30 Tanaman Makanan 1
08.00 – 10.30 Seni Reka Tanda 1
08.00 – 10.30 Hiasan Dalaman Asas 1
08.00 – 10.30 Produksi Multimedia 1
08.00 – 10.30 Grafik Berkomputer 1
08.00 – 10.30 Teknologi Binaan 1
08.00 – 10.30 Prinsip Elektrik dan Elektronik 1
08.00 – 10.30 Pemesinan Berkomputer 1
08.00 – 10.30 Penyejukan 1
08.00 – 10.30 Automotif Kenderaan 1
08.00 – 10.30 Kimpalan Arka 1
08.00 – 10.30 Fundamentals of Programming 1
08.00 – 10.30 Membuat Pakaian 1
08.00 – 10.30 Roti Dan Masakan Yis 1
08.00 – 10.30 Persolekan 1
08.00 – 10.30 Pengajian Perkembangan Kanak-Kanak 1
08.00 – 10.30 Penyediaan Masakan Barat dan Timur 1
08.00 – 10.30 Aplikasi Komputer Dalam Perniagaan 1
08.00 – 10.30 Hortikultur Hiasan dan Landskap 1
08.00 – 10.30 Kejenteraan Ladang 1
08.00 – 10.30 Pengurusan Ladang 1
11.00 – 12.00 Pengurusan Makanan 1 (Aneka Pilihan)
11.00 – 12.00 Pengajian Pakaian 1 (Aneka Pilihan)
11.00 – 12.15 Pengajian Agroteknologi 1 (Aneka Pilihan)
11.00 – 12.15 Pengetahuan Sains Sukan 1 (Aneka Pilihan)
11.00 – 12.15 Pendidikan Syari’ah Islamiah 1 (Aneka Pilihan)
14.00 – 16.00 Sains Pertanian 2
14.00 – 16.00 Pengajian Agroteknologi 2
14.00 – 16.00 Pengurusan Makanan 2
14.00 – 16.00 Pengajian Pakaian 2
14.00 – 16.00 Ekonomi Rumah Tangga 2
14.00 – 16.30 Bahan Binaan 1
14.00 – 16.30 Aplikasi Elektrik dan Elektronik 1
14.00 – 16.30 Amalan Bengkel Mekanikal 1
14.00 – 16.30 Penyamanan Udara 1
14.00 – 16.30 Automatif Elektrik dan Diesel 1
14.00 – 16.30 Kimpalan Gas 1
14.00 – 16.30 Programming and Development Tools 1
14.00 – 16.30 Pola Pakaian 1
14.00 – 16.30 Patisserie 1
14.00 – 16.30 Dandanan Rambut 1
14.00 – 16.30 Perkhidmatan Awal Kanak-Kanak 1
14.00 – 16.30 Penyajian Makanan dan Minuman 1
14.00 – 16.30 Perakaunan Perniagaan 1
14.00 – 16.30 Teknologi Pejabat Perniagaan 1
14.00 – 16.30 Pengeluaran Ternakan 1
side note:dapat jugak merasa post panjang2 di kala berbizi..walhal kopi pes ja pon..alahai..~~
Monday, September 28, 2009
ceritera malaysia
aku sampai msia seminggu sebelum puasa.semnggu tuh memang aku balun habis lah semua benda yang ada kat pasar tuh.aku jadi cam jakun tengok pasar.maklumlah bese kat sini kalo nmpak daging or ayam je cnfrm xleh makan.so bila jumpe macam2 jenis ayam,aku jadi cam jakun.semua benda aku beli.aku habis dekat rm30 lebih gak lah sekali pergi pasar.dah lah ari2 pergi,maklumlah tempat aku ari2 ada psar wpun tempat lain2..as a result badan aku jadi bulat montel2 comel la jugak time tuh..hehe
citer pasal raya tahun nih,aku memang xcited giler la.mklumlah 2 tahun punyer raya..aku demam2 pun pegi ngecat rumah,kemas rumah.bazar tu jgn tanya lah,dh confrm ari2 aku pegi..huhu..
*keadaan rumah yang macam tongkang karam 15kali*
oke aku nak citer pasal raya plok..
selesai semua bermaaf2an dan mnghulur duit2 raya,tiba lah ke sesi paling aku suka,amek gambar..huhu..
Monday, August 3, 2009
ibu bapa
Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Agama/20090728010953/Article/index_html
Ramai tak sedar jarang bertanya khabar kepada orang tua di kampung dikira menderhaka
RAMAI anak yang tidak mengaku apabila dituduh menderhaka kepada ibu bapa. Namun, siapa yang dapat menafikan kebenaran ayat Allah dan hadis Rasulullah SAW yang menyimpulkan bahawa termasuk dosa besar yang kedua selepas syirik ialah apabila seseorang melupakan tanggungjawab menjaga kedua orang tua.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, apabila salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu." a33; (Surah Al-Isra' ayat 23)
Rasulullah SAW lebih jelas menegaskan mengenai dosa besar ini di dalam sabdanya yang bermaksud: Mahukah kamu aku khabarkan tentang dosa besar? Kami (sahabat menjawab: Ya, tentu wahai Rasulullah. Beliau bersabda: "Ada tiga, iaitu menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua ibu bapa dan ucapan dusta dan kesaksian dusta, Baginda mengulanginya berkali-kali sehingga kami berkata mudah-mudahan baginda diam." a33; (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)
Semua anak mengaku mereka sudah memenuhi hak kedua ibu bapanya walaupun hati tak merindu, jauh sekali khuatir, sedih dan pilu mengenang keuzuran kedua orang, pemegang kunci syurga mereka di akhirat nanti. Bahkan anak dunia itu seolah-olah tidak mahukan akhirat.
Lantas mereka lalai dan lupa akibat mengejar cita-cita dunia sehingga tak tersisa sedikit pun ruang untuk ayah dan ibu di dalam hati. Hati yang sentiasa sibuk, memberi kesan pada wajah mereka yang kian suram apabila berdepan dengan ayah dan ibu. Mereka lebih rela menjadi tanda-tanda dekatnya kiamat dengan berlaku derhaka daripada harus menanggung beban hidup bersama orang tua.
Pelbagai alasan dicipta untuk menghalalkan keuzuran mereka daripada menjaga ibu bapa, tetapi di sudut hati nurani anak-anak manusia siapakah kiranya yang boleh melepaskan diri daripada kenangan kasih sayang ibu bapa ketika kecilnya.
Mereka juga berselindung di sebalik amal salih yang lain, sebahagiannya ahli tahajjud, setia membaca al-Quran, ahli masjid, istiqamah mengerjakan haji dan umrah, ahli sedekah dan puasa. Tetapi, mereka membuat hati ibu bapa menangis, jiwa mereka terdera dan impian hari tua yang indah bagi mereka hancur berkecai.
Padahal keutamaan berkhidmat kepada orang tua melebihi pahala jihad fisabilillah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas'ud beliau berkata: "Saya bertanya kepada Nabi SAW. "Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah SWT? Baginda bersabda: "Solat pada waktunya, saya bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbuat baik kepada kedua orang tua. Saya bertanya: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjihad di jalan Allah." a33; (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ironinya mereka mengejar pahala ibadat sunat tetapi yang wajib ditinggalkan. Kewajipan berkhidmat kepada ibu bapa mereka dianggap bukan ibadat melainkan hanya adat kehidupan manusia. Maka jika mereka lalai mengingati kedua-duanya, tidak ada kekesalan di dalam hati, tidak rasa berdosa dan bermaksiat kepada Allah SWT.
Sungguh penyelewengan yang tidak disedari, melainkan apabila keduanya kembali ke rahmatullah. Lalu anak-anak itu secara tabienya menjadi ibu dan bapa generasi baru. Dia merasai sakit menjaga dan mendidik anak seperti ibu bapa dulu. Akhirnya dia sedar betapa seksa diderhaka dan dibuang bagaikan al-Quran usang.
Bukan hanya ibu bapa yang terguris hati, Rasulullah SAW pun pernah menitiskan air mata mendengar pengaduan seorang lelaki tua mengenai anaknya yang menderhaka. "Wahai Rasulullah, anakku telah aku didik tetapi setelah dewasa dia menzalimiku. Lelaki itu kemudian menyatakan kesedihannya dengan untaian syair yang memilukan:
"Ketika engkau masih kecil, tangan ini yang memberimu makan.
"Engkau minum juga aku yang tuangkan. Apabila dirimu sakit, aku berjaga semalaman.
"Kerana sakitmu itu aku mengeluh kerisauan. Tetapi, di saat engkau dewasa dan mencapai tujuan.
"Kulihat pada dirimu apa yang tak ku harapkan. Kau balas aku dengan kekasaran.
"Seakan-akan nikmat dan anugerah engkau yang berikan."
Mendengar bait-bait syair lelaki tua itu, berlinanganlah air mata Rasulullah SAW seraya bersabda yang bermaksud: Kamu dan hartamu milik ayahmu." a33; (Ditakhrij oleh Ibnu Majah 2357, Imam Ahmad dalam al-Musnad 6883, Ibnu Hibban dalam sahihnya 409, 4182. Al-Baihaqi dalam al-Sunan 16054)
Pelbagai takrifan diberi ulama mengenai tanda-tanda derhaka kepada orang tua seperti memutuskan hubungan dengan tidak mahu menziarahi mereka, tidak memberi nafkah, tidak memenuhi hak-hak mereka dan tidak mentaati mereka pada hal yang bukan bermaksiat kepada Allah SWT.
Sesungguhnya kasih sayang yang paling ikhlas tanpa syarat hanyalah kasih sayang ibu bapa. Anak yang salih dituntut untuk membalas jasa mereka dengan adab dan akhlak yang baik. Kadang-kadang seulas senyuman dan kata-kata yang lembut lebih berharga daripada wang ringgit serta barangan berharga.
Namun tidak dinafi juga kepentingan hadiah sebagai pengikat jiwa. Sikap mementingkan diri sehingga membiarkan ibu bapa hidup susah di sebalik kemewahan seorang anak sememangnya menunjukkan sifat tidak mengenang budi. Jika boleh dihitung berapa juta ringgit yang mesti dibayar, sudah tentu jasa ibu bapa tak akan terbayar dengan sebarang jenis mata wang pun di dunia ini.
Tuesday, July 7, 2009
ibu demam
teringat ibu aku penah cakap,"anak ibu ada 6,tapi semua takde kat umah"..hehe..
ha,skrang nih ibu aku dah jaga 2 orang budak umo 3 tahun,anis dengan ayuni,,dulu masa aku fly,dyrg baby kecik putih innocent je tak pandai cakap lagi,tapi sekrang,pehhhhhh,cakap tak berenti mngalhkn aznil nawawi..xpela,at least umah aku takdela sunyi sangat..kn?kn?
dengar citer ada baby baru nak datang jugak..pehh,aku balik nih memang meriah la umah aku..alhamdulillah~~~
Tuesday, June 30, 2009
najlah batrisyia
bila aku tanya nama nya,ibu bagitaw nama anak kak long tuh najlah batrisyia..waduh2,kok bisa terbelit lidah mahu menyebut nya tu sih..hehe..
teringat masa kenduri potong jambul anak kak long yang 1st dulu,kat bungkusan telur tuh ada la tulis ucapan "terima kasih daripada damia batrisyia sekeluarga".habis kenduri je orang2 tua pegi tanya aku nak baca camne nama nya tuh..bila aku bacakan,orang2 tua pun cakap,pehhh nama nya..hehe..henduri yang kali ni tak taw lah camne plok..hehe..
#damia batrisyia binti yusri
bercerita pasal kak long aku nih,kak long aku nilah yang paling banyak berjasa kat aku walaupun keje dia jadi kerani sekolah jer.dulu masa sekolah kat sc johor,kalo dia ada kat kmpung and aku tepon umah cakap aku minum serbuk nes segera tuh,cnfrm kne marah dengan dia..dia kata minum tu tak bagus tuk otak.pastu nnti dia datng sekolah anto milo,dengan makann2 lain.
ada sekali tuh aku ngidam cheezy wedges,dy dtg sekolah belikn aku 4 bungkus cheezy wedges tuh,memang puas la aku makan..
masa kat aaj(ambang asuhan jepun um) dulu,kekadang dia pun masukkn duit kat akaun aku walaupun aku dapat scholar masa tuh.dia kata "duit ni buat makan,kalo orang makan,jangan tengokkan aje,pastu jangan mintak2 makann orang,pegi beli sendri"
thnx kak long for everything..insyaALLAH budi baik kak long selama ni akan ku balas pabila ku pulang ke malaysia kelak..cewah..hehe..
neway,congrate kak long sekeluarga..so,kak long nak anak2 sedara aku nih di bagi duit raya versi duit jepun ke duit malaysia?haha..~
Tuesday, June 23, 2009
ayah
"ayah nak rm7,nak beli necktie.."
masa sebelum fly,
tu antara dialog2 yang masih aku ingt sampai skg.masa sc jhr dulu,bila aku cakap je air masak aku dah habis,ayah akan datang ke kluang naik motor kriss ayah yang uzur tu sambil mencelah2 di sebalik kreta2 mewah keluarga rakan2 ku yang lain untuk berjumpa dengan aku..tapi aku x pernah malu,sebab itulah ayah aku,orang yang membesarkn aku dari kecil sampai besar mnggunakn tulang 4 kerat nyer sendri..
ayah x lah kaya,gaji cuma rm1000 tuk sapot ahli keluarga seramai 6 org sebb ibu aku x kje.ayah aku bawa bekal2 ari gi kje sebab nak jimat duit..baju2 ayah x pernah bergnti..insyaAllah bla abang balik nnti,abang nak belikan seluar n kmeja untuk ayah,kita beli yang mahal skit kali nih sebagai tnda trima kasih ku yang x terhingga tuk ayah..
"hello,ayah er?"
"haah,ni abang er?"
"haah.."
"abang sihat?"(soalan lazim)
"sihat..ayah sihat?ayah x keje rini?"
"sihat..baru balik mesyuarat umno tadi"
"ayah,selamat hari ayah"
"hehe..terima kasih.." (susah nak jumpe ayah gelak)
ayah,
*sob3*