Wednesday, December 29, 2010

alhamdulillah

i supposed to write this a week ago
tapi tak ape lah
kesyukuran bukan dalam 1 tempoh yang terhad

alhamdulillah
pada tarikh keramat 21hb 12 2012
7 cop keramat dah berbaris rapi
seperti gambar di atas
itu menandakan
aku dah habis sume jikken (experiment lab) aku
alhamdulillah

mudah2an aku takde sangkut paper untuk naik final year
plizz doakn untuk aku yere para penonton sekalian
alhamdulillah

oh yer rini besday adik aku yang bongsu
zati,happy besday
smoga mmbesar dengan jaya nyer
ingat lagi ko lahir
pagi tuh aku amek result PMR
petang tuh masa aku tengah main layang2 ko lahir menjenguk bumi
aku tetap sayang ko
may Allah bless u olwez
be a good gurl yer
^^

Monday, December 27, 2010

tahniah harimau malaya


nak di jadikan cerita
semalam aku dan labi mmbuat mjlis makan2
tiada besar2an
tiada nasi ayam mahu pun nasi tomato

yang ada hanya lah kari kambing
kari ayam
sambal belacan
acar
kropok ikan

selepas kenyang melantak nasik,kami pun mengadap pc
tujuan tak lain tak bukan nak mnyokong ngara sendiri

separuh masa pertama hmpa

separuh masa kedua,game brenti 10 mnit
konon2 nyer sebab ada laser
serius aku bajet laser orang nak tembak
berharap jugak lah aku nak tengok aksi2 macam dalam filem org putih
rupe2 nyer cume laser nak kabur kan mata goal keeper
lepas laser,bermula lah aksi gol mngegol

gol pertama:
rumah aku bergegar budak2 ni jerit goooolllll!

gol kedua:
semua berpeluk2kan
[bajet kandou (terharu)]

gol ketiga:
semua mengharapkan ada 2 gol lagi

tahniah harimau malaya
ganbatte di stadium gelora bung karno nanti
aummmmmm!
aummmmm!!!


**kejadah tergunting hidung sendiri malam2 buta sebegini.

Saturday, December 25, 2010

gula kat kedah



dh tengok blom?
vavi kan lawak dia?
hahaha

**yeay,winter hols dh start

Tuesday, December 21, 2010

FOXS sajoha

tadi 1st time aku hidupkn chat kat fb
tetiba aku rasa glemer la plop ramai orang tego
hahaha

salah sorang nye cikgu kelas aku dlu,cikgu halim
tanya kabar pung pang pung pang,
tak sedar dah 5 tahun dah tinggalakn sekolah




di sini aku belajar berdiri
di sini aku belajar erti kehidupan
di sini aku belajar erti berdikari
di sini aku belajar erti sahabat
di sini mngejar ilmu dunia akhirat

oo my gosh
lawak giler muka dulu2
muka pegi skolah nak main buaian ajer
rindula plop my bed,dorm,friends ,teachers
FOXS (Fellowship Of Excellent Students)
SAJOHA (Science Johore Alumni)
oouhhh tuhan~~

**tolong jangan cakap muka aku babyface,nnti aku tersipu sipu..hohoho

Friday, December 17, 2010

semalam

semalam aku masih berdemam,berselsema,berbatuk

kalau orang selsema kenelah nafas pakai mulut kan.

rehat tengah ari tuh kene balik sat ambik notebook sebab ada presentation petang tuh.

tapi tengahari tuh salji turun lebat la plop,tapi sebab presentation,ku gagh kan juga diri ini yang separa larat.

kayuh beskal laju sambil buka mulut nak bernafas

tiap kali nak bernafas,nafas pakej dengan salji sekali masuk mulut

tetiba teringt rasa ABC (T.T)

**tak sabar nak pegi snowboard..

Wednesday, December 15, 2010

uncleared

certain things are better to be remain uncleared
kepada yang berkenaan.sila bertabah 110%
bunga bukan sekuntum,belalang bukan seekor..
eh betol ke belalang?
nape macam pelik??
*ibu ayah,adik2 ku semua,anak dan abang mu sedang berusaha dengan gigih nye di sini.

Sunday, December 12, 2010

demam(T.T)

suhu takdelah rendah sangat walaupun dah masuk winter

tapi akibat bantai pi main bola di kala badan rasa hampir nak demam
nah kau!
demam di kala repot menimbun(T.T)

Saturday, December 11, 2010

mama labu

arini mama labu masak nasi lemak siri tensyen penuh kasih sayang kepada anak2 merangkap housemate2 nyer..peh panjang giler nama ..

untuk bukti,sila lihat bawah nih..

amacam nampak sedap tak?

siap ada daun pisang lagi wei baru petik petang tadi..

oke aku ngaku aku tipu..

tuh gambar di ambik dari pakcik google..

celah mana nak cari daun pisang musim2 sejuk nih..

pkok pisang pun tak pernah jumpe kat sini(>.<)

Monday, December 6, 2010

sapel ke shapel?

korang dah tengok vid nih?


hahaha sumpah lawak la wei...tak panas ke pakai baju winter tuh atas jalan tar tengah2 ari buta matahari terpacak 90 darjah atas paler?

Wednesday, December 1, 2010

bukan nak belagak


**sila klik kalau tak nak pakai kanta

bukan nak belagak la kan,tapi....ahaks!haha..

walhal bil tenet bulan lepas tak bayar lagi dah lepas tarikh tamat tempoh..haha..

Tuesday, November 30, 2010

alhamdulillah rezki tuhan


alhamdulillah,setelah penat aku berdebar dan bercek beratus2 kali sebab SPA cakap result kluar ari isnin walhal kluar ari selasa,ad jugak rezeki adik aku untuk dapat diploma latihan penolong pegawai farmasi..

walaupun diploma je,tapi bagi aku berbaloi jugak la.gaji memang rendah,tapi at least dah terjamin masa depan.plus siap dapat elaun bulan2..

tapi adik aku cakap tak kompem lagi nak amek ke x.cuma skrang nih macam dah 50% nak amek lah,sebab dy kata tak bole bawa math matrik.

mak aku?pehhh bukan main sronok lagi dy anak dy sorang lagi dapat tawaran kerja kerajaan.aku?laki cool tak tunjuk sangat sronok dy..hohohoh..

akhir nya ada jugak salah sorang ahli keluarga aku akan berkecimpung dalam bidang perubatan..:)


alhamdulillah:):):)


Monday, November 29, 2010

jawapan cikgu dan doktor

here is my very basic question,ape jawapan 1+1?

kalau kita tanya cikgu,kompem2 dy jawab 2..

tapi kalo kita jumpe doktor,dia akan jawab 3..

tak percaya?here is the evidence..


see.......


Friday, November 26, 2010

last day mohon teknik

ha,setakat blogging express,pada sesape yang ada adik2 lepas pmr ke anak buah ke anak jiran ke sesape la,borang permohonan masuk sekolah teknik di tutup rini.kepada sesape yang nak mohon tu boleh la pegi link kat bawah nih..

borang:
http://esptv.moe.gov.my/2010/

senarai course:
http://bptv.edu.my/v0/index.php?option=com_docman&task=doc_view&gid=150&tmpl=component&format=raw&Itemid=50&lang=bm

okey,nak pi solat jumaat dah.maklumlah azan sekarang pkul 1203,tpi sekarang dah pkul 12:21:p




john f kneddy

Forgive your enemy,but never forget their names

Friday, November 12, 2010

mentang2 semalam kamis malam jumaat

Kini, Pelajar Paling Cerdik di Malaysia telah ditemui!

Kisah ini berlaku di salah sebuah sekolah di Malaysia..Kini pelajar paling cerdik telah ditemui sebagai pengganti pelajar cerdik Amalina kita!Tahniah..teruskan bacaan anda utk menemui jawapannya:


Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut :

"Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!".

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?

Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?

Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?

Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus menjawab.

Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.

Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?

Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.

Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.

Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?

Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot ofheat and excitement?

Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont getit you have to use your hand.

Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?

Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?

Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah"

...........................................................................

Thursday, November 4, 2010

galas di galas

dengar crita result plihanraya 2 2 bijik tuh dah kluar..

bese lah politik kan,bila menang,cakap keprcayann rakyat dah bertambah,bila kalah,ni semua sebab pengundi hantu..

politik oh politik..

tahniah kepada pihak yang menang..janji2 plihanraya pun kene lah di`galas` sepenuh nyer..jangan buat2 lupa plok..

Wednesday, November 3, 2010

kisah ayam dan manusia

rumah aku ad 3 orang..ye 3 orang..kira balik..labu,labi,aku..satu,dua,tiga..ha cukup 3..

arini turn si labu msak..dy msak sayur air cmpur seafood..lauk nyer ayam goreng 3 ketol sebab ayam yang order ritu tinggal sepapan..

3 ketol ayam untuk 3 orang..betol la kan..
tapi labu potong tak aci.2 bhgian besar,1 bhgian besar..lalu beliau menggoreng dengan kasih sayang..eh salah..bliau goreng dengan minyak..eh tak lawak..

time makan,selaku set2 pelahap,aku dengan labu amek 2 bhgian yang besar sambil gelakkan labi yang dapat ayam yang kecik..

masa makan baru perasan ada merah2 lagi tanda ayam tak cukup masak..aku pandang labu..ayam dia pun menhadapi prob yang sama..pndang labi,ayam dy bergoreng pnuh..labi senyum lalu bawa lari ayam bliau.

siottt!

Monday, November 1, 2010

Pesan ibu

"duitnya jangan membazir,tapi jangan sampai tak makan."pesan ibu.

Tapi winter holiday nih macam nak pegi lepak tokyo la ibu ku sayang.next month punye next month ku start tak membazir yer:)

selamat jalan sahabat

jumaat malam yang lepas,sempai aka senior aka sahabat aka member baik,puji datang ke wilayah kediaman aku kat ube,yamaguchi nih..dy tengah training tuk company dia,perodua kat kilang daihatsu kat shiga prefecture.ada projek baru katanyer tuk perodua..korang tunggu lah 2 3 tahun lagi mesti perodua keluarkan kreta baru..hehe..

but despite of keadaan bebudak uni aku nih yang agak ber mandom entah ape entah yang aku pun tak paham tahun nih,tak banyak tempat lah yang kitorang pegi.just masa ari sabtu tuh pegi jamuan bebudak 1st year buat untuk kenduri masuk rumah baru diorang.then pegi pusing2 bandar yamaguchi siket,then terus balik..banyak habiskn masa kat rumah je gossiping citer2 terpendam semenjak setahun yang lepas..

tu jela nak cter..crita detail mana bole di citer kat public..hoho....

to puji,sorri lah kalau ada layanan yang terkurang.next time kita tengok 4.7gb..haha..




Monday, October 18, 2010

chinta

untuk kamu


Kau hadir bila tiba waktunya...
tidak diundang tak jua dipinta
walau lari kau tetap datang jua
keranamu chinta..tak mampu menahannya

Aku terus mencuba terus lari dari chinta..
kerana perit terasa sengsara tanpa kata
kerana dusta...

Chinta kau lulurkan hati ini
membuatkan segalanya indah
walau sesekali menjengah tiba oh cinta
terasa bahagia..hanya menunggu saat dan tika.

Aku akan terus melangkah walau tanpamu oh chinta...
Aku yakin akan adanya setia ceritera yang tiada akhirnya..

Chinta kau lulurkan hati ini
membuatkan segalanya indah
walau sesekali menjengah tiba oh cinta
terasa bahagia..hanya menunggu saat dan tika.

kerana...
kerana...terasa bahagia...

Chinta... abadi chinta
chinta padaNYA
chinta satu...
chinta selamanya....



**esok akan bertemu kunitsugu

Friday, October 15, 2010

UTPian tipu Utusan??

baru2 ni heboh la media,blog2 sgala bagai alat komunikasi kat dunia nih bila bebudak UTP tipu salam perantauan kat utusan cakap university of toronto.pastu wartawan tu tulis lah plok kat utusan psal benda tuh,pastu heboh lah plok blog2 yang skong utusan,blog yg sokong UTP.

aku?no komen....

kalau orang tanya bljr oversea ke dalam ngara lagi best,aku punye jawapan?no komen.

tapi dalm hati,aku jawab lah dalam ngara lagi best kot.kalo bljo dlm negara sndri,ada benda tak paham bole tnya kawan2 direct,dia terang pun dalam bahasa kita.penat bljar pegi minum kat kdai mamak,hjung mnggu main futsal,peh mnikmati giler2 alam remaja.

ko pi oversea,balik kelas ngadap pc,masak n makan pun ngadap pc,buat repot sorang2 sampai esok pagi tak tdo pun sambil ngadap pc,esok gi kelas kne marah denagn lecturer,lecture tak brapa paham,pastu balik rumah.pastu ulang balik je benda yang sama ari2.tapi tak di nafikan lah,bab berjalan2 tuh memang best la kan,segala jenis musim bole rasa,rak baju tak muat sebab pakaian tuko ikut musim

so stiap benda ad baik bruk nyer.just live your life la.bersyukur dengan ape yang ada beb.

sememang nyer ape yang aku bebel nih xde kne mengena dengan tajuk.mungkin aku sedang merepek.mungkin aku sedang lapar.ooo yang lapar tuh pasti.kalo duduk msia kan dah bole pegi cafe cari makanan.ha,1 lgi kelebihan bljar kat msia.ke aku yang tak bersyukur nih?T.T

Wednesday, October 13, 2010

titik

やっぱ俺じゃだめだ titik pullstop.haihhhhh:(

Tuesday, October 12, 2010

open house walhal syawal dah habis

ha ni nak habaq nih ahad yang lepas,kami Persatuan Anak Malaysia Yamaguchi(PAMY) buat open house raya aidilfitri.yer kami taw syawal dah habis,tapi xpela kan..kira open house tuk raya haji skali la..hihi..

aktiviti msak2 bermula masa ari sabtu tuh.tgahari pi ptong2 ayam n goreng skali.grand tak grand majlis kalo nak buat 23 ekor ayam msak merah kan?hehe..nk ptong n goreng tuh pun 1 petang jugak la baru settle.kuah smbal ayam msak merah tuh pempuan la yang buat cam biasa.

malam plok,kitorg buat roti jala ramai2.jala menjala mula2 bentuk dah macam ape entah,x rupe roti jala langsung.tapi atas kegigihan semngat nak makan yang mmbara,akhir nyer lawa jugak bentuk dy.settle kan 3kg tpung untuk buat roti jala.tapi berbaloi beb esok nyer orang2 cakap roti jala kami sedap:P

esok nyer,dalam pkul 11 pgi tuh dah start kemas2 dewan,susun makanan,buat air segala bagai la.ha lupe nak cter menu,tahun nihh kitorg buat nasi beryani,nasi minyak,ayam msak merah,rendang,acar,soto,roti jala,kari,kuih2 raya,bnyak lah bagai2 mknan.

so dalam pkul 12 tuh acara open house kami pun bermula.kami jemput sensei(lecturer2),teman2 orang indonesia,engineer2 bdk msia yang kerja kat tokuyama,n orang islam kat yamaguchi ni la.ramai jugak kan around 50-60 orang jugak la.

aku?xperform sgt la makan.makn 4 round je.haha.xleh tahan nafsu makan beb bila tengok lautan makann terbentang luas depan mcm mata..hehe..

around kol 4 gitu trus kemas2 sume,pegi bangunan u sat amek gmbr2,pastu sume balik kepenatan..

tapi balik tuh aku makan lagi seround nasi:P

ha sudi2kan lah tgok gmbr2 yg mana sempat aku cilok kat bawah nih..











sumer gmbr di cilok dari fb..hihi..SHRMZB sumer:)

Wednesday, October 6, 2010

S.H.R.M.Z.B

ha lama tak update..maklumlah baru pulang dari msia beraya..hehe..

untuk kamu,kau,dia,korang sume kawan2 pembca2 yang aku kenal ke tak brape kenal atau buat2 tak kenal,aku nak ucapkan slmat hari raya maap zahir batin.kira 0-0 halal kan makan minum semua yer guys..

untuk hdiah hari raya,nah nih gambar salam perantauan aku tahun nih..


untuk 1st time setelah lama tak update,tak maw lah update pnjang2..

see u then guys!

btw,bekalan krepek aku dah nak habis..ada sape2 rajin nak pos kan?(T.T)

Sunday, August 15, 2010

kisah lelaki tua dan 3 anak

Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yg sudah bertahun-tahun kematian isteri. Dengan arwah isterinya itu dulu dia dikurniakan tiga orang anak lelaki.

Semuanya sudah remaja. Anak pertama bernama Anis, kedua bernama Harben dan ketiga bernama Amsal. Akan ketiga-tiga ini yang paling disayangi ialah Harben. Sayangnya dengan Harben langsung tidak diberinya keluar rumah. Si polan ini sayang juga dengan Anis.
Kadang-kadang dibawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke penambang (jetty) dan ke sekitar kampung. Almaklum anak yang ketiga iaitu Amsal kadang-kadang langsung tak diendahnya.. jadi merayau-rayau lah si anak ini ke sekitar kampung dan sampai ke pulau seberang. Kurus kering badannya kerana jarang diberi makan.

Hendak dijadikan cerita, suatu hari yang mendung raja yang memerintah kampung itu dari pulau seberang telah memanggil si polan ini pergi mengadap. Susah hati lah si polan ini sebab badannya sudah tua, terpaksa pulak mengayuh selat nak ke pulau tersebut. Lagi pula musykil hatinya. Apa yang dimahukan si Raja itu.

Maka dipanggilnya si Harben."Harben, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?"

Apa yang dijawab Harben? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Harben tak pernah keluar rumah jadi macamana Harben nak hantar ayah ke sana sebab Harben tak tahu jalan. Kalau mahu, Harben hantar sampai depan pintu saja lah, ye ayah?"

Mendengar jawapan si Harben sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya tidak boleh diharap. "Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih.

Dipanggilnya pula si Anis."Anis, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa yang dijawab Anis? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Anis tak pernah keluar dari kampung ni jadi macamana Anis nak hantar ayah ke sana sebab Anis tak tahu jalan. Kalau mahu, Anis hantar sampai hujung kampung sajalah, ye ayah?"
Mendengar jawapan si Anis itu sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya ini pun tidak boleh diharap juga.

"Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih. Dipanggilnya pula si Amsal. "Hei Amsal,tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap.." Lalu Amsal menjawab, "Baiklah ayah" tanpa sebarang alasan.Menyesallah dihatinya kerana tidak menyayangi anaknya Amsal akan tetapi dia sanggup melakukan apa saja untuk ayahnya.

Lalu pergilah si polan mengadap Raja. Harben menghantar di pintu pagar rumah, Anis menghantar sampai ke penambang dan si Amsal mengikut ayahnya mengayuh kolek. Sedang mengayuh itu, tidak semena-mena ribut melanda dan hujan lebat pun turun.

Terkial-kiallah mereka mengayuh dan disebabkan si polan yang dah tua dan si Amsal yang kurus kering karamlah mereka berdua terkubur di lautan.



Moral :

Adapun anak-anak si polan ini ialah sebenarnya kehidupan lelaki tua ini.

Harben ialah HARTA-BENDA,
Anis ialah ANAK-ISTERI, dan
Amsal ialah AMAL-SOLEH.

Lazimnya manusia sayang kepada Harben dan Anis tapi tidak pada Amsal. Di mana bila manusia itu mati iaitu pulang kerahmatullah (mengadap Raja) yang dapat dibawanya hanyalah Amsal. Harben tinggal dipintu pagar dan Anis tinggal di penambang (di tepi kubur).Semperna bulan ramadan ini, elok la kita renung2 kn cerita ini agar menjadi pedoman hidup!

**salam ramadan sumer.smoga ramadan kali nih membawa 1001 kerbekatan untuk para penonton sekalian.

Wednesday, August 4, 2010

murid kurang ajar


(1)aku pasti semua orang kompem dah tengok video nih.ape pendapat korang?

(2)zaman aku dulu,walaupun aku ni xdela tua sangat,tapi kalo marah ket cikgu pun diam pendam dalam2 je kat ati nih.

(3)tapi cikgu tuh pun provok camtuh tak brape nice jugak aku rasa.

(4)tapi yang aku paling pikir sekrang,bukan yang budak tuh dengan cikgu tuh,tapi yang merakam tuh?bengong hape terang2 rakam benda macam tuh.

(5)btw exam aku dah habis.otsukaresama deshita kepada diri sendri.

**SDさん、ずっと最後まで頑張ってね。。いつも応援するから。

Tuesday, August 3, 2010

ahaks

1)geli giler tajuk.

2)esok last exam,計測。

3)sabtu ahad pi camping kat pantai

4)isnin anto repot.

5)ni lagu untuk semua.selamat malam dan bahagia semua hendak nyer.sayangi ibu bapa anda selagi mereka masih bernyawa.



**Even heroes have the right to bleed

Monday, August 2, 2010

5 tahun

malam tadi dia datang lagi dalam mimpi aku lepas sekian lama.

dah2 la tuh,tiap kali mimpi mesti tak bole buat kerja 1 ari..

penat la wei dah 5 tahun macam nih..

takkan nak sampai tua macam nih..

lepas nih pliss la pliss la aku mintak sangat2 tolong jangan datang dalam mimpi aku lagi..

or tolong jangan datang dalam pale otak aku especially time tengah exam..

*sigh*

**tamaw pikir pun tapi kalo buka blog dia pun mesti la terpikir..mengong..

Friday, July 30, 2010

leaving on a jet plane


So kiss me and smile for me
Tell me that you'll wait for me
Hold me like you'll never let me go

'Cause I'm leaving on a jet plane
I don't know when I'll be back again
Oh, babe, I hate to go

damn giler semalam exam otak aku asek pusing2 lagu nih..oooh yer,semalam exam aku tak dapat menjawab dengan baik,semalam nyer juga,semalam punye semalam punye semalam juga..

......maafkan aku rakyat malaysia(T.T)......

Saturday, July 17, 2010

kembali segar

segar giler badan lepas bangun dari qadak tido 2 ari punye bahagian
report is killing me la aiyoyoyo..
takpe2,sabar lagi 619 hari 12 jam 33 minit 1 saat

baru bangun tido dan sedang berpikir,
macam nak skip program usrah rini cakap bizi buat kerja,
tapi kalau tetiba esok join pi maindi air terjun camne plok?hahaha




**aku dah rasa penat layan kerenah orang jepun.

Tuesday, July 13, 2010

periksa datang lagi

hai sahabat2 ku di luar sana,sihat2 kah anda sumer di kala musim hujan baju tak kering bau kepam nih?di kala pegi kelas lupe nak tutup tingkap pastu tilam anda basah tanpa perlu mimpi basah?haha salah kan diri sendri sekiranye terjadi*shit*

tup tap tup tap dah nak final exam dah.jadual baru kluar tadi.bakal bertmbh bizi lah ni tak lama lagi.tapi takpe,lepas tuh cuti 2 bulan hoyeah2 raya2 bom kebabom...



oh yer,di sebabkan aku amek gambar pakai iphone jer,tak nampak tarikh la.saje je nak bagi mistik siket bila aku nak exam,walhal salah amek gambar.haha.

jumaat 23hb nih start lah aku punye final exam tuh.doakan aku yer kalian..

**tapi hjung minggu nih nak pi mandi laut..haha



Saturday, July 10, 2010

sangap pun hagak2 lah

PUTRAJAYA: Pil dan cecair yang biasanya digunakan untuk menggalakkan babi mengawan kini menjadi senjata utama segelintir lelaki kasanova untuk memerangkap wanita sehingga boleh dibawa ke bilik tidur.

Lelaki hidung belang terbabit biasanya memasukkan bahan perangsang seks itu ke dalam minuman kotak tanpa disedari gadis yang menjadi sasaran dan selepas mangsa meneguk air berkenaan, mereka tiba-tiba terangsang untuk melakukan hubungan jenis, sekali gus memudahkan jantan buas itu memuaskan nafsu.

Lebih menakutkan, wanita yang pernah tertelan pil atau cecair babi mengawan akan menjadi ketagih untuk mengambil bahan itu dan seterusnya melakukan hubungan seks.

Demi memenuhi nafsu mereka, wanita terbabit sanggup menggadai maruah dengan mencari semula lelaki kasanova yang menganiayai mereka atau mana-mana lelaki yang mampu menyediakan pil babi mengawan itu.

Perkara ini didedahkan Pengetua Rumah Pengasih, Mohd Yunos Pathi, berdasarkan maklumat diberikan lima penghuni wanita rumah pemulihan diuruskannya yang berusia 25 hingga 30 tahun.

Beliau berkata, penghuni wanita terbabit memaklumkan selepas minum air kotak dicampur dengan pil atau cecair babi mengawan, mereka menjadi khayal, terangsang dan sanggup melakukan hubungan seks untuk tempoh beberapa jam.

“Saya difahamkan, pil terbabit kebiasaannya digunakan di ladang ternakan babi. Ia dicampur dalam makanan babi bertujuan menggalakkan babi mengawan. Bahan sama dalam bentuk cecair pula kebiasaannya disuntik terus pada badan babi betina.

“Namun, ia kini disalahgunakan lelaki kasanova untuk memudahkan mereka mencari mangsa. Lelaki pemangsa terbabit bukan saja terhad di kalangan mereka yang gemar berkeliaran di pusat hiburan, tapi turut membabitkan pelajar sekolah serta penuntut institut pengajian tinggi (IPT),” katanya.

Mohd Yunos berkata, pil atau cecair babi mengawan itu kebiasaannya dimasukkan ke dalam minuman kotak kerana mangsa menyangka minuman itu selamat kerana ia secara kasar seolah-olah belum dibuka.

“Lebih teruk apabila ada lelaki menggunakan pil itu untuk merosakkan teman wanita rakan sendiri yang menjadi sasarannya,” katanya.

Menurut Mohd Yunos, beliau sentiasa memberi peringatan mengenai taktik kasanova dan penyalahgunaan pil serta cecair babi mengawan itu dalam setiap program kesedaran dadah di beberapa IPT awam dan swasta yang dikendalikannya dari semasa ke semasa.

Beliau turut menasihatkan gadis remaja supaya berwaspada terhadap pasangan masing-masing atau mereka yang tiba-tiba memberikan minuman kerana ia selalunya mempunyai agenda jahat yang boleh memerangkap mereka.

“Ramai wanita ‘rosak’ disebabkan terlalu percaya terhadap kekasih yang merancang jerat bagi merosakkan mereka dengan apa cara sekali pun. Jika mereka tidak dapat meniduri kekasih mereka secara rela, mereka akan menggunakan pelbagai cara termasuk memasukkan dadah dalam minuman.

“Akibatnya, masa depan mangsa menjadi gelap. Bukan saja maruah mereka tergadai, tapi mereka pula terpaksa mendapatkan rawatan apabila ketagih bahan pelik yang diberikan teman lelaki mereka,” katanya.

**sentiasa watch out girl!balak korang manusia biasa jugak.

~sumber:harian metro

Friday, July 9, 2010

kebenaran

kebenaran memang pahit
tapi esok kan masih ada


dah 2 ari berturut2 dengar lagu nih (-.-")
sampai housemate dah bebel naik hafal lagu nih.haha.

-nak yang manis je pi tambah gula sana..

Wednesday, July 7, 2010

repot 1 dan 2


Ape ni wei sebulan sekali baru update blog.haha.bizi lah wei aku.serius aku bizi.aku bizi repot experiment,diskasyen experiment,diskasyen presentation itu ini,repot subjek pun nak kne buat jugak.arini aku balik sebelum gelap aku rasa janggal giler.sebenar nye ad je kerja,tapi aku sengaja balik awl.yela malu kot kat housemate aku,aku nih dah lama tak masak.asek skip je bz.hehe.

Nak bayar hutang kat korang,aku update pnjg giler nih cecah lantai,tarik nafas dalam2 3 kali baru baca yer.nk story sket pasal repot2 experiment yang dah aku buat nih. Sebenarnye aku dah taip lama dah,tapi ended up jadi drat je tiap kali lepas habis taip sebab nak buat kerja.setakat nih baru 2 yang dah di terima,tema 3,材料力学(strength of metarial) baru diskasyen yang ke 3.

Tema 1:engine(小型エンジン)

(1) Kali ni ku ingin bercerita mengenai repot experiment tema 1 aku,engine.

(2) Masa buat experiment tuh,sume jalan lancer.kira takde maasalah la.

(3) Masa buat repot tuh,bese la kan,tak berapa tido tuh sume biasa.tapi,tu normal la kan untuk budak 3rd year.tu aku x dela kisah sangat kan..




(1) diskasyen pertama,pehhhh repot tuh memang banyak giler merah..graf salah amek nilai,terbaik giler warna warni repot aku..lepas tuh aku amek keputusan tiap kali lepas diskasyen aku akan hadiahkn diri aku sebiji purin.sedap wei benda nih.







(1) 2nd diskasyen,pehh hamek aku kene sejam setengah..dari pkul 530pm sampai 700++ pm.macam2 sensei tuh Tanya aku..banyak jugak lah yang tak boleh jwab.maklum lah dy Tanya yang bahagian thermodynamic 1,setahun yang lepas kot aku hamek subjek tuh..mana la nak ingt kan..pasrah guler balik tuh aku macam takde perasaan je.balik,makan,tengok citer sket,pkul 11 lebih dah terbongkang sampai pagi..hoho penat betol nih kene marah..haha

(2) 3rd diskasyen,ari yang sama,ari jumaat mnggu depan nyer.kali nih malam sebelum tuh aku dh stdy sket dah samapi pkul 4am lebih jugak r..pulun tak pulun aku nak pi diskasyen.nak jawab exam pun x pulun macam nih..hehe

(3) Kali ke 3 nih,aku kene sejam jer..baik pulak mood sensei rini.gelak2 je,tak bole jawab pun dy gelak2 je.sugguh beza sekali..last sekali dy bagi hint pebenda yang dy nak aku tulis..fuhh lega aku dy bagi hint2 jugak lah sket kan..

(4) Minggu depannyer,dari ari sabtu n ahad pi dudk library betul kan graf,cari macam2 buku segala bagai..fuh habis punah hujung mnggu aku bertapa kat libraray..plus semnggu isnin sampai khamis pun sampai malam duduk library.aku rasa semua buku enjin tuhh dah aku baca kot..haha over gilos..tak cukup dengan tuh,buku thermodynamic pun ak tibai sekali buka.dah boleh kerja librarian aku nih..hehe..

(5) Aku tak puas hati jugak dengan ape yang aku cari tuh,so lepas habis kelas internal combustion,aku pi lari kedepan,eh tak perlu lari kot,jalan laju je kedepan nak jumpe sensei yang ajar tuh.ha,nama sensei nih mikami,prof mikami.habis hebat dy nih,buat projek dengan NASA.selalu jugak lah pi turun naik US tuh,ha macho tak dy?sorry,dy dah x available,dah kawin dah..kot la,aku tak pasti..haha.

(6) Lepas tanya2,dy bagi jugak la jawapan.peh rupe nyer tuhhhh je jawapan dy.aku dah agak dah,tapi aku rasa tak kan lah itu je jawapan nyer..peh,strggle jugak lah kan aku duduk library lama2..hoho..

(7) 4th time punye diskasyen,kene marah lagi..sebab nyer?hruf yang dy suruh senget kan,aku tak senget kan.kne la bebel lagi.aduh penat2..nasib baik dapat cop jugak.



(1)Kali ke 5 tuh aku anto je repot tuh tanpa diskasyen.

entah berapa la markah dy letak aku.time nih aku rasa penat giler layan org jepun

Tema 2:fluid (流体)

(1) ha yang ni nama nye tema fluid,buat pasal 噴流(jet flow).experiment buat dalam bilik bertutup walhal tengah musim panas sebab nak ukur laju aliran udara.hoih panas giler basah lencun kot baju experiment aku.nak bc bacaan tuh dah la pakai benda macam kanta,boleh bayang tak masa tengah struggle nak baca bacaan tuh tetiba ada peluh jatuh dari dahi ke mata??ha tipu jer,tu masa main bola je terjadi.

(2) Buat experiment macam biasa hari selasa,sabtu ahad tuh strggle buat repot pnjang giler,semua pasal nk bktikn (formula) dalam experiment tuh.part tuh yang aku paling malas tuh..bukan senang wei nak buktikn formula.sebab tuh rambut aku tak berapa lurus,sebab banyk buktikn formula..oke tipu lagi..bnyk dah dosa menipu aku nih.

(3) Siap buat repot tuh anto la kan masa ari isnin tuh,pastu pi rumah mmber aku yang dekat dengn sekolah,pok ing,tido sebab aku tido pkul sejam 2 je pagi tuh,pastuh bngun pi kelas yang start pkul 840am.

(4) Esok nyer discussion 1st,study giler vavi la kan sebab trauma discussion tema 1(enjin) sebelum ni tak hilang lagi.lepas tuh masa diskasyen tuh ad jugak lah yang aku tak bole jawab.tapi dalam masa 15 minit dah hbis dah.aku rasa janggal giler diskasyen sekejap jer.

(5) Lepstuh sensei nih,kameda sensei dah la tak marah kalau salah jawab,tapi balik kene cek balik cari jawapan yang betol.kira seminggu sekali diskasyen,untuk 5 kali diskasyen tuh,ari2 jugak lah selama 4 mnggu(sebab diskasyen 4 dan 5 aku buat dalam minggu yang sama)aku duduk library sampai senja or malam sebab nak cari maklumat yang betul.tak cukup tuhh balik cari lagi kat internet pulok.tabah giler aku melayan kerenah sensei yang power semua tahu mcam dy nih.

(6) Pastu kali ke 6 tuh,repot aku di terima,peh 1 ari aku senyum sampai ke telinga rasa puas ati giler usaha aku 4 minggu berhasil.

(7) Oh yer,untuk tema 2 nih aku tak bagi hadiah kat diri aku purin macam dulu,sebab nyer aku dah muak dengan purin.haha.

(8) Ada cadangan tak nak bagi kat diri aku hadiah ape?ke ada sesape nak hadiakn kat aku?haha.




Hjung minggu nih nak buat repot untuk yang ke 4,tema yang paling di geruni sebab sensei yang jaga ni garang giler.budak jepun pun takot wei,apetah lagi aku.huhu.

2 minggu lagi final exam nak start.aku tiap kali nak final exam jer mesti ad jadi pape yang menggngu ati.

`Ya Allah,jauhkan lah aku dari masalh hati,masalh persekitaran,dan semua masalah.mudahkan lah jalan hamba-Mu ini Ya Allah`

Wish me luck everybody

Wednesday, June 16, 2010

kilang bullet train

haishhh,penatnyer bersih kan sawang tebal 1 inci dengan sampah merata lagi blog nih..lama tak berupdate,saya tak kemana,masih di sini bersama para penonton sekalian..cume lately berbusy la,report,world cup..hehe..


(1)ha,taw tak gambar ape kat atas tuh murid2 pennton sekalian?ha tuh dy bullet train yer kawan2..orang jepang panggil 新幹線(shinkansen).

(2)bullet train yang bentuk seksi kat depan dia camnih,nama dy n700.katanye paling laju kat jepang sekrang nih..aku penah la rasa naik 4 kali.mahal giler wei tiket,tak berapa mampu la nak naik bnyak kali.sekali naik boleh beli kasut onitsuka sepasang.gilos laju berdesup gua cakap lu beb.bila buka tingkap(maksud aku takdela buka cermin hulur muka ang kat luar,buka penutup tingkap la),memang nampak hitam putih ja.kalo hitam tuh mknanye masuk terowong,bila putih ad rumah2 hijau sket maksud nyer atas permukaan daratan bumi.

(3)ha,nak habaq mai nih kat depa2 sekalian,tadi aku pegi melawat kilang buat bullet train nih.yela,syarat wajib nak naik 4th year kan,kene lah pegi.pluang sekali je beb seumo hidup ja beb.

(4)tapi sayang la beb,tak bole bawa masuk kamera,hp ada kamera pun tak boleh bawak masuk.nak jaga rhsia syarikat lah kata kan..

(5)walaupun hujan mncurah rini,seronok jugak lah aku pi pusing2.tengok orang tuh buat bullet train dari sebiji tayar,sampai lah nampak bullet train tuh tengah di angkut nak bawa naik atas kapal laut.susah wei rupe nyer nak buat bullet train nih.orang tuh cakap,kalo nak buat sebiji model baru bullet train,segala proses dari awal sampai berjaya jadi sebiji bullet train tuh biasa nyer amek masa setahun..hoh,hamek ko lama gilos..

(6)tapi agak penat giler ba#* jugak la.kilang dah la beso kedabak,pastu jalan kaki dalam hujan pulok tuh.tapi xpela kan,puas la jugak..bukan senang kan..

(7)balik kene buat repot pulok.part ni yang aku malas nih.report fluid dengan mechanic and metarial aku tak siap lagi,tiap2 ari bertambah report.dengan world cup lagi,tetiba world cup masuk perkara penting jugak..hak3..

Saturday, May 29, 2010

dah 10 hari teringin takoyaki(たこ焼き)

1)dah 10 hari aku teringin nak makan takoyaki(たこ焼き)..takoyaki ni yang bentuk dy bulat2 dalam nyer ada sotong tuh..

2)dah 10 hari jugak lah housemate aku dok bosan aku dengar ulang2 nak makan takoyaki.

3)maka semalam dengan jaya nyer lepas makan sushi,kitorang pi shopping tako(sotong kurita) n beli tepung takoyaki.

4)contact kak yat senior aku tuh nak pinjam benda alah nak buat takoyaki tuh,tup tup kak yat suruh ambik jer sebab dy pun dah tak gune..rezeki jumaat tuh beb walaupun tak pi solat jumaat..alhamdulillah....

5)bangun2 pagi buka mata trus teringat takoyaki.ape lagi dengan semagat nyer bangun n pi buat.bancuh2 tepung,potong bawang,tako dan segala bagai,contact sana sini sket cara nak buat,dengan semangat nyer aku buat..


dalam proses pembuatan

6)hasil(tiada dalam gambar),takoyaki aku jadi separuh bulat..haha maybe sebab adunan tepung aku pekat sangat kot..yela,patut nyer cair je,tapi sebab aku bajet macam nak buat cekodok,aku bagi la pekat sket kan..xpela,separuh bulat pun jadilah..haha..

yang ni kat google


7)maka selesai lah keteringinan aku selama 10 hari..

8)sekian nak sambung buat repot experiment fluid..

Thursday, May 6, 2010

sms suruh pulang

tengah2 duduk dalam meja bulat
discussion pasal zairiki(material mechanical)
perut lapar giler dari pagi tak makan

pagi tadi dah serapan nasi beryani dengan ayam tandori semalam punye lebih
giler mewah serapan aku..hak3
tapi masih tak bertahan sampai ke petang

tetiba..
tret trett trettt
bunyi mesej..

"zam,cepat balik nak.."
"kalau habis mak xtaw"

x cukup dengan tu,siap ad mms gambar lagi..




tu diaaaa housemate aku yang di gelar *mak labu* anto gmbr msakan dia
dah ah anto msakan kegemaran aku
ayam masak lemak cili api

lepas habis discussion tuh terus lari hamek basikal balik cept2
aku dah letih tahan lapar dengan tahan kencing
haha..





Friday, April 23, 2010

entry pantas dan pendek

tatkala ini sedang berserabut dengan report experiment enjin
tukar cita2 la camni
jadi PTD ka cikgu ka
keh keh keh gelakkan diri sendiri
kehidupan sedang berserabut
nak bini plisssszzz T.T



wajah penulis ketika bercuti di kyushu peeewitttt~~


Wednesday, April 14, 2010

jangan jadi macam dia

sila klik kasi besaq sket
print screen nih aku amek kat oh!tidak

tengok boleh,tapi jangan ikut macam ahmad tu yer

Saturday, April 10, 2010

keroncong untuk ana

amacam?
jiwang tak lagu baru blog aku?
ngeh3..

lagu ni buat aku teringat member2 1 batch masa kat sc johor dulu r
dyrg suka buat persembahan time majlis2 nyanyi lagu nih

bila maw jumpe lagi wei korang?
ada brani tak nak main futsal?
hihi

Friday, April 9, 2010

tazkirah hari ini-ayat kursi

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,
Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan
rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, 'Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat....'