Saturday, February 6, 2010

bukan lagi "saya nak pizzza seketul bang"

Sistem database automatik mengatur kehidupan manusia- Slamat dtg ke dunia IT.

Rakaman Percakapan telepon pesanan Pizza tahun 2057

Operator : terima kasih anda telah menghubungi Pizza Hot, boleh saya bantu ....

Pelanggan : heloo,saya nak pesan pizza

Operator : Saya perlukan no I/C encik untuk memproses permohonanseterusnya.

Pelanggan : OK, sekejap. No nya : 790615-08-5331

Operator : Ok Encik Rahmat ,berumur 41 tahun, encik tinggal di Jalan Hang Tuah no.16, Seksyen 18/34D, Shah Alam. nombor telefon rumah :

03 77726378, No pejabat : 03 51912870 ext 999 dan no telefon bimbit :

anda 016-6666222 ,encik menelefon dari mana ?

Pelanggan : dari rumah, eh dari mana kamu

tahu semua no tel saya ?

Operator : Oh, kami dihubungkan terus ke database pusat.

Pelanggan : Oklah, saya nak pesan Seafood

Pizza - pekej family

Operator : Itu bukan idea yang bagus encik

Pelanggan : kenapa pulak ?

Operator : Dari medical record cik , encik

memiliki tekanan darah tinggi dan kolesterol yang berlebihan dari paras normal.

Konsumen : Jadi awak rekemenkan apa ?

Operator : Mungkin encik boleh pesan Low

Fat Hokkien Mee Pizza

Pelanggan : Erm, macamana kalau saya tak suka pilihan tu?

Operator : Hmmm minggu lalu pakcik baru

pinjam buku yang berjudul "Popular Hokkien Dishes"dari

perpustakaan negara di Jalan Tun Razak.

Pelanggan : Ok lah. Ikut jek la. So, berapa harga pekej family yg sayapesan tadi?

Operator : Tapi pekej family kami takkan

cukup untuk anak encik yang berjumlah 7

orang .., jumlah keseluruhan adalah RM80.00

Pelanggan : Takpe, cukup tu. Ok Saya akan bayar dengan kad Visa saya.

Operator : Owh, saya rasa encik patut bayar cash sebab had limit kad

Visa pakcik dah tamat dan ada outstanding bil di Maybank sebanyak RM4050.00 sejak

bulan Ogos lalu , itu belum termasuk caj denda untuk tunggakan bayaran bulan rumah encik.

Pelanggan : Uih? Oklah, saya ke ATM untuk withdraw duit sebelum

penghantar pizza sampai , ke rumah saya.

Operator : Owh, rasanya pilihan itupun tak mungkin sebab rekod akaun

encik dalam kesemua empat bank

iaitu Maybank, BCB, Ambank dan Public Bank menunjukkan baki kurang

dari RM1.00

Pelanggan : Cis! Sudahlah! Hantar aja la pizza tuh, saya bayar cash

kat sini.

berapa lama Pizza akan di hantar ?

Operator : sekitar 45 minit encik, tapi kalau

encik rasa terlalu lama dan tak suka menunggu, encik boleh ambil sendiri dengan motor kapcai pakcik.

Pelanggan : APA ????

Operator : Menurut catatan kami, encik

memiliki motor kapcai tahun 2015 dengan no pendaftaran BWW 2114 betul kan pakcik ?

Pelanggan : Cis! Melampau betul! Celaka gile. Sape bagi bukak rekod

org lain sesuka hati ni?

ada yg nak kena belasah ni??!!,

Operator : Hati-hati dengan apa yang encik ucapkan.

Takkan encik dah lupa tarikh 15 Mei 2010 pakcik pernah kena tahan

lokap

sebulan

sebab bercakap kasar dan cuba menyerang seorang polis di Plaza ALam

Sentral, Shah Alam.

Pelanggan : (Terdiamm....)

Operator : Ada nak tambah yang lain encik ?

Pelanggan : Takde, eh tapi kalau pesan pakej

family ada percuma 2 botol coca cola kan ?

Operator : Betul encik, tapi menurut catatan

kami encik ada juga mengidap DIABETES, jadi kami

tidak mau mengambil sebarang risiko.....

Pelanggan : KURANG AJAR!!!!!!!!!!!!!!! BATALKAN

SAJA SEMUA !

Operator : Terima kasih atas panggilan pesanan encik,

untuk sebarang komen, kritikan dan pandangan, encik boleh

mengisi form online pada website kami,username

dan passwordnya tercetak pada bahagian

bawah kotak pizza yang encik pesan... terima kasih kerana telah menghubungi

Pizza Hot....

10 comments:

Suraya I. said...

hahahahaha ngok ngek!
gile kalo de automated database cmni.
ni jepang ah ni advance sgt nh!
XD

xAmU said...

hahaha kalo betul2 ada camni sume kedai pizza bakrap aku rasa..

beruangbuncit said...

lawak tapi kalu pk tak lojik aaa pakcik tu tak tau pizza hot tahu sume tu.
lagipun mesti ada sekatan terhadap pizza hot utk tau sume tu.

ada gak kebagusan kalu ada sistem cmtu. contoh nya, ko tak letih ke kalu nk buat pape kene isi borang, fotostat surat beranak/ic/paspot/bil letrik/bil tepon/resit. Tu tak masuk gambar berukuran paspot 4 keping, background mesti biru.
mcm shit je aku rasa suma tu.
kalu ada sistem dlm cite ko tu takyah nk buat suma tu. kita sain je dh setel.

Anonymous said...

hahahahaha..mental!

xAmU said...

@beruang buncit
muri wei benda ni terjadi..haha

Unknown said...

ko ni lawak btui la

xAmU said...

@ghostone
mental time exam perkara biasa..haha

xAmU said...

@adlina husaini
saya biasa2 saje..haha

cik CumeY said...

kalo cc kompom cc menyumpah nyumpah wak...hahahahaha....


lain lah kalo dia cakap " mengikut gambar profil anda..anda nampak comel hari ini"

kompom ai beli 8...hahaha

xAmU said...

hahaha..betul gak tuh..
tapi kalo dia cakap "mengikut NAMA profil anda..anda comel hari ini" camne?hehe